Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

20 Aug 2025 • 4:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ia juga dijangka akan berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu, masing-masing melibatkan daerah Jeli dan Dungun serta Kemaman.

Di negeri Pahang pula, ia melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Kuantan. Manakala, di Selangor hanya melibatkan daerah Hulu Langat.

Beralih ke Negeri Sembilan, hujan lebat dijangka akan melanda daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Bagi negeri Sarawak, daerah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Lawas) diramal terlibat.

Selain itu, keadaan cuaca buruk juga akan melanda Sabah iaitu di daerah edalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.