Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
25 Nov 2026 • 5:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa amaran melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah, hujan lebat diramal berlaku di Bandar Baharu, Kulim dan Kuala Muda.

Manakala, di Pahang pula, daerah Pekan, Rompin, Bera, Raub, Cameron Highlands dan Lipis dijangka terlibat.

Amaran turut melibatkan Hulu Selangor dan Sabak Bernam di negeri Selangor.

Baca juga:

Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Jempol yang terlibat.

Di Johor, daerah yang terlibat ialah Kluang, Segamat dan Mersing.

Beralih ke negeri Sarawak, hujan diramal di Limbang, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Serian, Samarahan, Kuching, Miri (Marudi dan Beluru), Sibu (Kanowit), Sarikei (Julau), Betong (Betong dan Pusa).

Manakala, di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat, Kudat, Tawau, Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut).

Amaran hujan lebat

Image from: Amaran Hujan Lebat Di 9 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved