
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, amaran melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah.
Selain itu, ia turut membabitkan negeri Perak, di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Terengganu pula, hujan lebat dijangka berlaku di Dungun dan Kemaman.
Manakala bagi negeri Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan diramal terlibat.
Baca juga:
Ancaman El Nino, Sejauh Mana Bekalan Makanan Dunia Berisiko Terjejas?
Malaysia Berdepan Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Luar Biasa Ke Musim Kering
Seterusnya, negeri Selangor juga diramal hujan lebat di dua kawasan iaitu Hulu Selangor dan Gombak.
Hujan lebat juga diramal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di Negeri Sembilan, ia melibatkan daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
Cuaca buruk itu turut akan melanda Batu Pahat dan Pontian di negeri Johor.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal di Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Sementara itu, di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Beluran).
Begitu juga di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.





