Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
16 Nov 2025 • 6:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan buah negeri serta dua Wilayah sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di daerah Kuala Muda di Kedah.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Bagi Selangor, kawasan yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan turut terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Beberapa negeri terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat

Beralih ke Johor, ia melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Sementara itu, cuaca buruk di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Syarikat Kerajaan, Swasta Tawar Cuti Haid Berbayar Kepada Pekerja Wanita

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Amaran Hujan Lebat Di Beberapa Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.