Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
12 Dec 2025 • 4:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di beberapa negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca tersebut akan berlaku di seluruh Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Selain itu, hujan lebat juga diramal berlaku di Kedah iaitu di daerah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Terengganu, ia hanya membabitkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Pahang, daerah Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan dijangka turut terlibat.

Bagi Negeri Sembilan, hujan lebat diramal berlaku di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Signifikan, Luruan Monsun Dijangka Hingga 17 Disember

“Di negeri Johor, daerah yang terlibat ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata MetMalaysia.

Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching, Samarahan, Sarikei, Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia lagi.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.