Amaran hujan lebat di KL, Putrajaya, empat daerah di Selangor hingga 6 petang

5 Jun 2023 • 3:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JUN: Empat daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat, ribut petir serta angin kencang hingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan empat daerah itu ialah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Agensi itu turut memaklumkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami cuaca sama.

Beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah turut diramal alami cuaca sama.

Menurut agensi berkenaan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved