Amaran hujan lebat di KL, tiga daerah di Selangor hingga 9 malam

22 Oct 2022 • 5:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 OKT: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor serta Kuala Lumpur hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.