Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam

3 Aug 2024 • 4:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 3 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur serta tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam.

Daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Terengganu, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Facebook Malaysian Meteorological Department