Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat hingga 6 petang

21 Jan 2025 • 3:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 21 JAN: Hujan lebat serta ribut petir diramal melanda daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor hingga 6 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa daerah di Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Facebook Malaysian Meteorological Department