Amaran hujan lebat di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak hingga 9 malam

14 Nov 2024 • 7:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir, angin kencang melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 9 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department