Amaran Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
27 Jun 2026 • 4:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga Malam Ini

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di lima buah negeri sehingga jam 7 malam ini. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dijangka akan berlaku di negeri Kelantan merangkumi kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Beralih ke negeri Terengganu pula, amaran turut dikeluarkan bagi dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Seterusnya, untuk negeri Johor, amaran dikeluarkan bagi penduduk yang berada di sekitar Mersing dan Kota Tinggi.

Baca juga:

Selain itu, bagi negeri Sabah, hujan lebat dijangka akan berlaku di kawasan  Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Akhir sekali, amaran turut dikeluarkan bagi penduduk negeri Sarawak yang berada di sekitar Kuching, Serian (Serian), Samarahan dan Betong.

Image from: Amaran Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga Malam Ini

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved