Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 4 petang

22 Dec 2022 • 1:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 4 petang ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di seluruh Melaka dan Labuan serta Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin serta Johor (Tangkak).

Manakala Sarawak melibatkan Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miridan Marudi) dan Limbang selain Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved