Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 5 petang

10 Feb 2023 • 2:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 FEB: Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama turut berlaku di seluruh Melaka.

“Cuaca sama turut melanda di beberapa daerah di empat negeri lain termasuk Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

“Manakala di Sabah dan Sarawak hujan lebat dan ribut petir di beberapa daerah diramal hingga 6 petang ini,” katanya.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved