Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Dan Angin Kencang Di 4 Negeri - MetMalaysia

10 Oct 2022 • 5:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di berlaku di empat negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri yang terlibat adalah Kedah membabitkan kawasan Kubang Pasu dan Padang Terap.

Di Kelantan pula merangkumi kawasan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang. - Bernama