
Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 10 Negeri Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat di 10 negeri sehingga jam 1 pagi.
Menerusi hantaran di laman Facebook, seluruh negeri Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang dijangka alami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.
Di utara, kebanyakan daerah di Perak dijangka alami hujan lebat iaitu Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.
Beralih ke pantai timur, daerah Jeli dan Gua Musang di Kelantan dijangka alami hujan lebat. Dalam masa yang sama, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang turut dijangka alami cuaca yang sama.
Menerusi hantaran yang sama, MetMalaysia jangkakan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor, Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan, serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor bakal alami hujan lebat dan angin kencang.
Di Sarawak, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa daerah Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Masyarakat diingatkan supaya berhati-hati ketika berada di luar dan elakkan mengunjungi kawasan berisiko.

The post Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 10 Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



