Amaran hujan lebat, ribut petir di lima daerah di Selangor hingga 7 malam

12 May 2023 • 4:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 MEI: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda lima daerah di Selangor iaitu Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak.

Beberapa daerah di Perak iaitu Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut diramal mengalami keadaan serupa.

Kawasan lain ialah Tanah Tinggi Cameron di Pahang serta Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Miri (Telang Usan) dan Limbang di Sarawak.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata agensi itu.

MetMalaysia menasihatkan orang awam merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved