Amaran hujan lebat, ribut petir empat daerah di Selangor hingga 6 petang

14 Jan 2025 • 3:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang sehingga 6 petang.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.