Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Landa Beberapa Tempat Di Sabah Dan Sarawak Malam Ini

27 Nov 2022 • 6:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan lebat dan ribut petir di Sabah dan Sarawak

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Landa Beberapa Tempat Di Sabah Dan Sarawak Malam Ini. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.

image is not available
Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Landa Beberapa Tempat Di Sabah Dan Sarawak Malam Ini. Sumber: Malaysian Meteorological Department

Kawasan yang terlibat

Kawasan di Sarawak yang diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Situasi yang sama turut diramal di beberapa kawasan di Sabah antaranya di Pedalaman (Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Lahad Datu)

image is not available

Amaran ini berkuatkuasa sehingga pukul 9:00 malam ini iaitu pada hari Ahad, 27 November 2022.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.