Amaran hujan lebat tujuh daerah di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam

2 May 2024 • 5:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 2 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat , ribut petir dan angin kencang melanda tujuh daerah di Selangor sehingga 7 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah berkenaan ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeuarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved