Amaran hujan tahap waspada tiga hari di empat negeri mulai Sabtu

1 Jan 2025 • 5:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 1 Jan; Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri selama tiga hari bermula Sabtu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Di Kelantan ia membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” katanya dalam kenyataan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu manakala di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian utama MetMalaysia di 1-300-22-1638.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved