Amaran kepada peniaga

19 Nov 2022 • 12:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SIPITANG: Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada peniaga agar tidak menipu pelanggan dengan memaparkan harga murah, namun berlainan di kaunter.

Ketua KPDNHEP Beaufort, Julie Julhani berkata, “Aduan ini diterima daripada orang ramai semasa membeli-belah di sebuah pasar raya, di mana harga murah dipamerkan, tetapi apabila pembayaran dibuat di kaunter harganya berbeza”.

Dalam aduan minggu lepas itu, pengguna tersebut mengatakan harga krim putar yang diletakkan di atas di rak adalah RM7.50, tetapi apabila dibayar di kaunter harganya berubah menjadi RM8.90.

Begitu juga barang lain seperti serbuk perasa jenama tertentu berharga RM6.20 di rak, tetapi setelah bayaran dibuat, resit menunjukkan harganya 70 sen lebih mahal.

“Ini adalah unsur penipuan terhadap pelanggan dan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan sewajarnya,” kata Julie.

Sejurus menerima aduan itu, sepasukan pegawai penguatkuasa melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pasar raya tersebut dan mengesahkan perkara itu. Pasar raya itu dikenakan kompaun kerana melakukan pencatutan harga, katanya.

Julie turut menasihatkan orang ramai supaya lebih waspada ketika membeli-belah dan membuat aduan terus kepada KPDNHEP dengan resit pembelian sebagai bukti, jika mendapati kesalahan serupa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.