Amaran Maguire Kepada Kelab Lain, MU Mahu Rebut Trofi Kemenangan Semula Musim Depan

Football
20 Jul 2022 • 8:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Maguire Kepada Kelab Lain, MU Mahu Rebut Trofi Kemenangan Semula Musim Depan

Musim 2021/22 bukan musim yang terbaik bagi Kapten Manchester United Harry Maguire dan seluruh pasukannya.Dalam sesi soal jawab baru-baru ini dalam jelajah The Reds, kapten kelab itu mengaku prestasi naik dan turun merupakan sebahagian dalam permainan peringkat tertinggi.

Maguire menjawab soalan dalam sesi soal jawab yang dihadiri oleh penyokong di Melbourne dan mengungkap tentang cerita musim lalu.

“Tahun lepas sangat mengecewakan, sebagai individu saya tidak bermain dengan baik, sebagai pasukan juga begitu. Tapi kerjaya yang baik bertahan sehingga 10 ke 15 tahun dan bukan setiap tahun kita kita akan menjalaninya dengan baik tanpa kesusahan.” Kata Maguire.

Pemain berusia 29 tahun itu memandang kegagalan musim lalu daripada perspektif yang berbeza. Pemain bola hanya manusia biasa.

Di dalam hidup, ada hari yang tidak bertuah. Malangnya, dalam kes Maguire dan pasukannya, setiap kesilapan kecil menjadi besar kerana status kelab diwakili, tanda harga serta kerja yang sepatutnya mereka lakukan.

Pepatah ada mengatakan ‘Ia bukan tentang sekuat mana kamu boleh memukul, tetapi ia tentang walau sekuat mana pun kamu dipukul dan kamu tetap bergerak ke hadapan.’ Kapten United itu berkata perkara tersebut harus dilupakan.

“Anda perlu terus berlawan walau anda menghadapi rintangan. Tahun lepas merupakan rintangan kepada perjalanan kerjaya saya tapi ianya sudah berlalu dan kita harus memandang ke hadapan untuk merebut semula trofi kemenangan untuk kelab ini.” Sambung Maguire lagi.

image is not available

United disingkirkan daripada semua piala dan menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana dengan kosong gol selepas diterajui oleh tiga pengurus yang berbeza.

Sementara itu persembahan kesemua ahli pasukan yang tidak memuaskan telah mengakibatkan Maguire mendapat tohmahan yang tidak baik. Dia seperti tidak sesuai untuk menjadi kapten pasukan dan tidaklah menyenangkan untuk dilihat di media.

Walau bagaimanapun, dalam spekulasi siapa yang akan meneraju sebagai kapten pasukan untuk musim akan datang, pengurus baru pasukan itu Erik Ten Hag telah memutuskan bahawa Maguire masih lagi akan menjadi kapten pada musim hadapan.

Dalam dua perlawanan pra musim, The Reds telah memenangi perlawanan tersebut. Pada pertembungan pertama menang 4-0 menentang Liverpool dan seterusnya menang 4-1 menentang Melbourne.

Pada pertemuan bersama peminat tersebut, Maguire menunjukkan bagaimana sesi latihan yang baru dibawah pengurus baru dan bertapa pentingnya persediaan untuk menghadapi musim baru.

“Ianya sukar, Tapi kami benar-benar menantikan musim ini. Pemain, penyokong, kelab. Tahun lepas tidak berapa baik buat kami tetatpi ia adalah permulaan yang baru dan kami tidak sabar menanti musim hadapan. ” kata Maguire dengan semangat.

“Erik Ten Hag dan kakitangan kejurulatihan telah membawa idea ke dalam dua perlawanan pertama dan anda dapat melihat gambaran serba sedikit tentang beliau. Kami bekerja keras untuk persediaan perlawanan pertama Liga Perdana.” Akhir kata dari Maguire.

The Reds akan mengadakan dua lagi perlawanan. Perlawanan menentang Atletico Madrid dan Rayo Vallecano di Eropah sebelum bermulanya musim Liga Perdana.