Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu

LocalEnvironment
24 Oct 2024 • 7:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

KOTA KINABALU - Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Taman-Taman Sabah dalam kenyataan memaklumkan amaran itu dikeluarkan berikutan cuaca hujan, angin kencang dan berkabus yang berlarutan di gunung itu yang terletak di Taman Kinabalu, Ranau.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa terdapat kejadian tanah runtuh di summit trail gunung itu iaitu di kilometer 3.8, serta kejadian pokok tumbang di kilometer 0.6 dan kilometer 1.6.

"Sehubungan itu, semua pendaki, malim gunung, porter dan staf yang berada di sekitar summit trail Gunung Kinabalu agar lebih berwaspada sepanjang masa dalam sebarang aktiviti pendakian gunung ke Panalaban.

"Tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu pada Khamis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved