
Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri, 2 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 1 pagi ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Bagan Datuk.
“Di Selangor pula, daerah yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, selain daerah Port Dickson di Negeri Sembilan.
“Manakala di Sarawak, daerah yang terlibat termasuklah Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu, Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.
“Selain itu, di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri, 2 WP – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.


