
Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri, 2 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 10 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Terengganu, daerah terlibat adalah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Di Selangor, daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Di Negeri Sembilan pula, daerah terlibat adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol,” maklum METMalaysia.
Selain itu, negeri Sarawak membabitkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian dan Samarahan.
Manakala di Sabah, daerah terlibat adalah Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri, 2 WP – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.

