
Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak, selain keseluruhan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Kelantan membabitkan daerah Jeli.
“Di Perak pula, daerah terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
“Selain itu, daerah terlibat di Terengganu adalah Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, selain Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron serta Johor membabitkan Segamat dan Mersing,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, negeri Sarawak membabitkan daerah Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh).
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.

