Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan – METMalaysia

LocalEnvironment
11 Dec 2025 • 4:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan, sebentar tadi.

Dalam kenyataan tersebut, keadaan cuaca buruk dijangka berlaku di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan WP Labuan hingga 6 petang ini.

“Di Perak, daerah terlibat adalah Hulu Perak, manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub dan pula Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Betong, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi.

“Manakala, Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Kunak dan Lahad Datu),” maklum METMalaysia.

Dalam pada itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi negeri Kelantan dan Terengganu hingga 8 malam ini.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala Terengganu membabitkan Besut dan Setiu,” tambah METMalaysia.

image is not available

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia

The post Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.