Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 7 malam

LocalEnvironment
19 Oct 2026 • 4:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 7 malam

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kedah, kawasan yang terjejas ialah Yan, Pendang, Sik, Kuala Muda, Baling dan Padang Terap.

“Di Perak, amaran melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Turut terjejas ialah Terengganu melibatkan Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu, manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Raub, Bentong dan Lipis,” katanya.

Amaran sama turut melibatkan Hulu Selangor dan Gombak di Selangor serta Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Selangau di Sibu, Sarikei, Maradong dan Pakan di Sarikei, Tanjung Manis di Mukah, Kabong, Saratok dan Betong di Betong, Sri Aman, Kuching dan Bau di Kuching, Tebedu dan Serian di Serian, Bukit Mabong dan Kapit di Kapit, Bintulu, Limbang serta Subis di Miri.

Di Sabah, amaran melibatkan Kota Marudu di Kudat, kawasan Pantai Barat dan Pedalaman, Paitan, Telupid, Sandakan, Labuk dan Sugut serta Kinabatangan di Sandakan. Turut terjejas ialah Lahad Datu, Kalabakan dan Tawau di bahagian Tawau serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada pukul 3.20 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

The post Amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 7 malam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved