Amaran ribut petir di beberapa negeri - MetMalaysia

LocalEnvironment
29 Aug 2025 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.

Menerusi amaran cuaca dikeluarkan pada 2.20 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang, serta Perak.

Cuaca sama dijangka melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut dan Setiu); Pahang (Cameron Highlands); Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, serta Johor (Mersing).

Di Sarawak kawasan terjejas Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort). - Bernama