Amaran ribut petir di enam negeri, satu wilayah persekutuan

17 Aug 2022 • 10:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan enam negeri dan satu wilayah persekutuan sehingga jam 11 pagi, Rabu. MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada jam 8.45 pagi memaklumkan, enam negeri berkenaan ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak manakala wilayah persekutuan, Putrajaya. Di Kedah kawasan terlibat ialah Kota Setar, Yan dan Kuala Muda manakala di Pulau Pinang melibatkan Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara. Di Selangor pula membabitkan Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau. Kawasan di Sarawak pula melibatkan Subis, Beluru, Miri dan Marudi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved