Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Hingga Malam Ini

17 Jun 2025 • 5:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan hingga 9 malam ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Tidak hanya itu, keadaan sama dijangka turut melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

“Di Kedah, daerah terlibat adalah Langkawi, Padang Terap, Sik dan Baling, manakala Perak membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Gua Musang, selain daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Di Pahang pula, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), manakala Selangor membabitkan Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

“Selain itu, Negeri Sembilan membabitkan daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Jempol, dan Johor membitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.

Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak pula adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

Manakala di Sabah, membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia