Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia

28 Aug 2025 • 8:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 12 tengah hari, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.

Selain itu, keadaan sama dijangka turut melanda keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan pula, daerah yang terlibat adalah Jeli dan Gua Musang, manakala Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.

“Sementara itu, daerah terlibat di Johor adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian,” maklum METMalaysia.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia