Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini – MetMalaysia

12 Aug 2025 • 10:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Hingga 1 Pagi Ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di lapan negeri sehingga 1 pagi Rabu.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri berkenaan ialah Kelantan yang melibatkan kawasan Gua Musang dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Keadaan cuaca sama dijangka turut melanda kawasan Jerantut, Kuantan dan Pekan di Pahang; daerah Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; seluruh Melaka; dan di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Kanowit, Mukah (Tanjung Manis), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri); manakala Sabah di Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Sumber: BERNAMA