Amaran ribut petir di seluruh Selangor hingga 6 petang ini

LocalEnvironment
10 May 2026 • 4:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Amaran ribut petir di seluruh Selangor hingga 6 petang ini

SHAH ALAM, 10 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor sehingga 6 petang ini.

Cuaca sama turut diramal di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sebahagian besar kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut dijangka mengalami cuaca sama.

Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin sementara Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban dan Port Dickson, sementara Johor di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, amaran turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

View Original Article