Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri, 1 Wilayah

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 5:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri, 1 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri 9 malam ini.

Hujan Lebat Di 10 Negeri, 1 Wilayah

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, seluruh negeri Perlis dan WP Kuala Lumpur.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap. Manakala di Perak pula seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah.

"Sementara di Kelantan pula termasuk Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Krai. Selain di Terengganu seperti Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Besut.

"Di Pahang, beberapa kawasan diramal hujan antaranya daerah Jerantut, Raub, Temerloh, Bentong dan Bera. Selain itu, di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

"Bagi Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu dijangka hujan.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Selangau), Sarikei (Julau), Mukah (Matu, Dalat, Daro dan Tanjung Manis), Kuching, Bintulu (Tatau).

"Bagi Sabah pula di Pedalaman (Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Paitan dan Labuk & Sugut)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved