Amaran ribut petir, hujan lebat di 3 negeri hingga tengah hari

20 Apr 2025 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Selangor iaitu daerah Kuala Selangor, Klang, Petaling serta Kuala Langat.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Keadaan cuaca sama dijangka melanda Melaka membabitkan Alor Gajah dan Melaka Tengah. - Bernama