Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Dua Negeri Malam Ini

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 5:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Dua Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di dua negeri sehingga jam 8 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah dan Perak diramal hujan.

Hujan Lebat Diramal Di Dua Negeri

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kulim, Bandar Baharu, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Sik.

"Manakala dia Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama dan Kerian," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved