Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
28 Oct 2026 • 2:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 6 petang ini.

Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat

Menurut amaran yang dikeluarkan, beberapa daerah terlibat di Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah.

"Di Kedah, daerah yang diramal hanya Langkawi. Manakala di Perak pula merangkumi daerah Kampar, Batang Padang, Muallim, Kinta dan Kuala Kangsar.

"Selain itu, di Selangor pula hanya Hulu Selangor. Sementara di Johor di daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Batu Pahat.

"Beralih ke Sarawak, termasuk Kuching (Kuching dan Bau), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Sibu.

"Sabah pula Sandakan (Kinabatangan, Paitan, Labuk & Sugut, Telupid dan Tongod), Pantai Barat, Pedalaman (Pensiangan, Membakut, Tambunan, Beaufort dan Kuala Penyu), Tawau (Tawau, Kalabakan dan Kunak)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved