Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri

3 May 2026 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, melibatkan kebanyakan negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, melibatkan kebanyakan negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.

Keadaan cuaca yang sama dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).

Turut dijangka terjejas ialah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan cuaca yang sama juga berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Miri (Subis dan Miri) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan dan Kudat.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved