Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan dan beberapa negeri

LocalEnvironment
30 Nov 2024 • 5:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL dan Labuan serta beberapa negeri, hingga 6 petang ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta beberapa negeri, hingga 6 petang ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 3.35 petang, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Melaka dan Kedah di daerah Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong; Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor iaitu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Kudat, Pantai Barat, Pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan selain Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

Di Sarawak pula, keadaan sama diramalkan di Limbang dan Miri melibatkan kawasan Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi. - Bernama