Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

LocalEnvironment
25 Aug 2026 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri
Beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga jam 1 tengah hari ini, menurut MetMalaysia. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga jam 1 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Semenanjung, kawasan terlibat meliputi seluruh Perlis dan Melaka.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Selangor membabitkan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak, manakala di Sarawak meliputi Bintulu serta beberapa kawasan di Miri iaitu Subis, Miri, Beluru dan Marudi.

Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan turut mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NARRA) yang dikesan di barat laut China hari ini, namun menegaskan fenomena itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia.

Menurut MetMalaysia, ribut tropika berkenaan dikesan pada latitud 19.9 utara dan longitud 108.0 timur, kira-kira 114 kilometer (km) dari Barat Laut Basuo, China dan 1,650 km dari utara Tumpat, Kelantan setakat jam 8 pagi ini dengan kelajuan angin maksimum 65 km sejam. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved