Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara

6 Nov 2023 • 6:39 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di seluruh negara dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca buruk itu akan berlarutan sehingga jam 9 malam ini.

“Amaran itu dikeluarkan di Perlis, Kedah, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).

“Manakala di Selangor membabitkan kawasan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, cuaca buruk juga diramal berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat hanya di Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) selain Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat) dan Labuan,” katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila ada tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. - 6 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved