Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

LocalEnvironment
1 Nov 2026 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga jam 5 petang pada Ahad.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga jam 5 petang pada Ahad.

Menurut MetMalaysia, tujuh negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah. 

Di Perlis, amaran melibatkan seluruh negeri, manakala di Kedah membabitkan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang dan Langkawi.

Di Pulau Pinang, amaran meliputi seluruh negeri, sementara di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan, manakala di Johor membabitkan Kluang, Pontian, Segamat, Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.

Di Sabah, amaran melibatkan Sandakan, Tongod, Telupid, Pantai Barat, Ranau, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Putatan, selain kawasan Pedalaman termasuk Tambunan, Sipitang, Pensiangan dan Tenom.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mengikuti maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved