Amazfit Active 2 Akan Tersedia Di Malaysia Mulai 8 Mac 2025

TechnologyDigital
5 Mar 2025 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit akan melancarkan jam tangan terbarunya iaitu Active 2 di Malaysia pada 8 Mac depan. Syarikat berkenaan mendedahkan perkara itu melalui media sosial rasmi. Sekali gus membolehkan mereka untuk terus mengembangkan portfolio produk dalam pasaran ini. Hasil semakan mendapati harga jualan sudah mula disenaraikan di Lazada pada RM549. Sementara itu, Shopee pula menyenaraikannya dengan harga promosi serendah RM499.

image is not available

Amazfit Active 2 dilengkapi skrin sejenis AMOLED 1.32″ (466 x 466 piksel) dan kerangka keluli tahan karat sebesar 44mm. Ia juga hanya ditawarkan dalam pilihan Black Sport Silicone, selain itu disediakan dengan kemampuan memantau kadar degupan jantung, pola waktu tidur, tahap tekanan, suhu kulit dan oksigen dalam darah. Bateri disediakan boleh berfungsi sehingga 10 hari dan kalis air 5ATM.