Amazfit Active 2 dilancarkan secara rasmi di CES 2025 semalam. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED 1.32-inci (466 x 466 piksel) dengan kerangka keluli tahan karat bersaiz 44mm. Model premium mempunyai kaca nilam manakala versi standard pula hanya dilengkapi dengan kaca 2.5D yang kalis kotoran cap jari.


BioTracker 6.0 PPG Biosensor juga disediakan dengan kemampuan memantau kadar degupan jantung, pola waktu tidur, tahap tekanan, suhu kulit dan oksigen dalam darah yang lebih tepat. Ia menawarkan beberapa peringatan kesihatan yang termasuk kadar denyutan jantung tinggi dan rendah yang luar biasa. Selain turut boleh mengingatkan pengguna untuk melakukan senaman pernafasan secara berkala bagi mengurangkan tekanan.

Amazfit Active 2 juga mempunyai lebih 160 mod sukan dan boleh digunakan bersama Zepp Coach, Zepp App dan aplikasi pihak ketiga seperti Strava, Adidas Running, Google Fit atau Apple Health. Kemudian boleh berfungsi sehingga 10 hari dengan penggunaan biasa dan lima hari secara berterusan. Kalis air 5 ATM menjadikan ia sesuai digunakan dalam pelbagai situasi.
Amazfit Active 2 dijual pada $99.99 (~RM448) dengan tali Black Sport Silicone dan Red Sport Silicone. Sementara itu Black Leather – Premium Version pula berharga $129.99 (~RM583).
