Amazfit Active Edge dilancar dalam badan tahan lasak pada harga mampu milik

Digital
18 Dec 2023 • 5:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Untuk tahun 2023, sekurang-kurangnya 8 model jam tangan Amazfit dilancarkan. Momentum itu nampaknya tidak akan berkurangan kerana satu lagi diperkenalkan untuk pasaran Malaysia sebelum tahun ini tamat, ia dalam bentuk Amazfit Active Edge dan berada dalam kategori Lifestyle seperti siri Amazfit GTR, Amazfit GTS, dan Balance.

image is not available

Berdasarkan helaian spesifikasi, Amazfit Active Edge mempunyai rekaan mirip siri Amazfit T-Rex tapi dikenakan spesifikasi yang lebih rendah bagi memastikan harganya berada pada paras mampu milik berbanding model seperti T-Rex 2 dan T-Rex Ultra. Sebenarnya spesifikasinya lebih mirip T-Rex Pro tahun 2021

Harga Amazfit Active Edge di Malaysia

Amazfit Active Edge akan mula dijual pada 22 Disember 2023 ini pada harga RM599 menerusi laman dalam talian Lazada ataupun Shopee. Setiap pembelian akan disertakan sekali seunit fon putik sementara stok masih ada.

image is not available

Spesifikasi Amazfit Active Edge

Amazfit Active Edge adalah sebuah jam tangan kecergasan dengan muka jam berbentuk bulat. Ia ada panel paparan sebesar 1.32" daripada jenis TFT pada resolusi 360p. Seperti yang dimaklumkan tadi, rekaannya mirip siri T-Rex yang juga menampakkan jam tangan ini teguh. Ia kalis air pada tahap 10 ATM, anda boleh bawanya menyelam sedalam 100 meter tanpa masalah.

image is not available

Amazfit Active Edge mampu menjejak lebih 130 jenis aktiviti melalui sejumlah sensor yang terkandung dalam badannya. Antara sensor yang bersinergistik adalah seperti sensor BioTracker PPG, giroskop, dan sistem penjejak 5 satelit. Hayat bateri yang diiklankan adalah sehingga 16 hari lamanya untuk penggunaan baisa ataupun 20 jam dengan ciri penjejakan GPS dihidupkan.

image is not available

Jam tangan ini menjalankan sistem operasi Zepp OS 2.0. Ciri-ciri pintar yang biasa dan ruji ditemui dalam model-model sebelum ini ada pada Active Edge seperti Zepp Coach, dan PeakBeats. Data yang dihimpunkan boleh dimuat naik kepada perkhidmatan seperti Adidas Running, Strava, Komoot, Relive, Google Fit, dan Apple Health.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan