Amazfit Active: Mikrofon, speaker, navigasi di tangan dan harga kekal bajet

Digital
2 Nov 2023 • 8:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pada takat ini, saya rasakan yang Amazfit terlalu banyak lancarkan produk yang mempunyai spesifikasi hampir sama dengan produk sedia ada. Produk terbaharu daripada jenama ini adalah Amazfit Active, jam tangan penjejak kecergasan yang berada dalam kategori lifestyle. Daripada segi spesifikasi, anda boleh anggapnya sebuah Amazfit Cheetah dalam badan Amazfit GTS 4.

image is not available

Harga Amazfit Active di Malaysia

Amazfit Active akan mula ditawarkan pada 3 November 2023 dengan tanda harga RM599 setiap satu. Sebagai perbandingan, Amazfit GTS 4 dijual pada harga RM779 manakala Amazfit Cheetah pada harga RM999.

image is not available

Setiap pembelian akan disertakan pemberian percuma berupa beg silang badan dan langganan Celebrity Fitness selama 7 hari.

Spesifikasi Amazfit Active

Berada dalam kategori lifestyle, Amazfit Active mempunyai rekaan yang tidak terlalu sporty. Badannya berbentuk petak mirip kelongsing sebuah Apple Watch.

image is not available

Harganya lebih rendah berbanding dua model terdahulu yang disentuh di awal artikel berkemungkinan besar kerana ia tiada butang kawalan beroda di bahagian sisi sebaliknya satu butang yang hanya boleh ditekan.

image is not available

Di bahagian muka, jam tangan ini ada panel AMOLED sebesar 1.75" dengan kepadatan piksel pada paras 341PPI. Daripada sudut sensor pengesan, di dalamnya ada komponen seperti BioTracker PPG biometrik, akselerometer, geomagnetik, temperature, dan penerima isyarat satelit penjejak. Ia boleh menjejak lebih 127 jenis sukan.

image is not available

Ia juga dilengkapi sepasang mikrofon dan speaker untuk anda lakukan panggilan suara di pergelangan tangan. Speaker juga boleh diguna untuk memainkan lagu yang anda simpan di dalam storan 250MB yang dimilikinya.

image is not available

Untuk Amazfit Active, pengeluarnya dilihat ingin mengetengahkan servis langganan mereka yang baharu. Zepp Aura dan Zepp Fitness Membership membawa gaya hidup aktif anda ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan AI. Walau bagaimanapun, menurut nota kaki, servis ini hanya ada untuk A.S, dan beberapa pasaran Eroaph terpilih buat masa ini.

image is not available

Satu bateri penuh jam tangan ini boleh berikan waktu guna sehingga 30 hari lamanya dalam mode penjimatan bateri. Penggunaan biasa berikan 14 hari hayat bateri manakala 16 jam jika GPS digunakan sepanjang masa.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.