Amazfit Balance, pertama dengan ZeppOS 3.0 dengan tanda harga RM1,099

Digital
21 Sep 2023 • 2:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Amazfit hari ini mengumumkan penjualan Amazfit Balance, jam tangan penjejak kesihatan terbaharu yang mereka bawa masuk dalam pasaran Malaysia. Amazfit Balance akan mula dijual pada 22 September 2023 ini pada harga RM1,099.

image is not available

Fizikaliti Amazfit Balance sangat mirip kepada Amazfit Cheetah yang kami reviu tempoh hari. Ia ada panel paparan AMOLED sebesar 1.5" dengan bingkai materi aloi aluminum berbanding badan plastik pada Cheetah. Seperti biasa, jam tangan ini kalis air sehingga 5ATM dan ada dua butang fizikal di bahagian sisi badannya.

image is not available

Perkara yang unik tentang Amazfit Balance adalah ia diperkasa Zepp OS 3.0 yang terbaharu. Ia juga adalah produk pertama Amazfit yang menyokong Zepp Pay, ciri pembayaran nir sentuh seperti Apple Pay, Google Pay, Garmin Pay, dan Samsung Pay. Walau bagaimanapun, ia tidak disokong untuk pengguna Malaysia.

image is not available

Satu lagi ciri unik jam tangan ini adalah pada kehadiran Bioelectric Impedance Sensor. Ini juga yang pertama dalam produk Amazfit dan menggunakan sensor ini, Amazfit Balance boleh menganggarkan metrik seperti Body Fat, Bone Mass, Skeletal Muscle, Protein, Muslce, BMI, Body Water Level, dan Basal Metabolisme.

image is not available

Lain-lain sensor standard masih lagi hadir seperti produk-produk sebelumnya seperti BioTracker 5.0 PPG, Biometric Sensor, akselerometer, giroskop, sensor geomagnetik, tekanan udara, termometer, dan GPS dwijalur.

Daripada segi ketersambungan, Amazfit Balance ada Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 2.4Ghz. Ia juga ada storan dalaman yang boleh digunakan untuk menyimpan lagu untuk didengari kemudian hari menggunakan sambungan Bluetooth terus ke fon putik anda.

image is not available

Daripada segi ketahanan bateri, Amazfit Balance dilapor mampu beroperasi sehingga 14 hari dengan penggunaan kasual berbekalkan bateri 475mAh. Pengecasan penuh mengambil masa kira-kira 2 jam.