Amazfit Cheetah 2 Pro Diumumkan Dengan Kerangka Titanium Dan Bateri 20 Hari

TechnologyHealth & Fitness
17 Apr 2026 • 5:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazfit Cheetah 2 Pro Diumumkan Dengan Kerangka Titanium Dan Bateri 20 Hari

Amazfit memperkenalkan jam tangan baharu Cheetah 2 Pro. Ia hadir dengan skrin AMOLED 1.32-inci, kadar segar semula 60Hz serta kecerahan puncak 3000 nits. Selain itu, ia turut dilindungi Sapphire Glass manakala tubuhnya menggunakan rangka dan kerangka daripada titanium gred 5, butang aloi aluminium serta bezel plastik.

Image from: Amazfit Cheetah 2 Pro Diumumkan Dengan Kerangka Titanium Dan Bateri 20 Hari

Jam ini dilengkapi sensor BioTracker 6.0 PPG, cahaya ambien, suhu serta altimeter barometrik. Selain itu, ia menyokong kedudukan dwi-jalur dengan enam sistem satelit, lebih 170 mod senaman serta storan 32GB. Di samping itu, terdapat juga pengecaman pintar untuk 25 pergerakan latihan kekuatan dan 8 pergerakan sukan. Untuk larian, ia menawarkan pelbagai fungsi seperti pelan Zepp Coach, pengurusan tahap larian serta bacaan lactate threshold dan running power.

Image from: Amazfit Cheetah 2 Pro Diumumkan Dengan Kerangka Titanium Dan Bateri 20 Hari

Dari segi kesihatan ia menyokong pemantauan 24 jam kadar denyutan jantung, SpO2, tekanan, suhu kulit serta skor kesediaan dengan analisis. Selain itu, ia turut dilengkapi bateri 540mAh yang mampu bertahan sehingga 20 hari penggunaan biasa, 10 hari penggunaan berat, 8 hari dalam mod AOD serta sehingga 31 jam dalam mod GPS.

Image from: Amazfit Cheetah 2 Pro Diumumkan Dengan Kerangka Titanium Dan Bateri 20 Hari

Dari segi sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.2 untuk Android 7.0 ke atas dan iOS 14.0 ke atas. Sistem operasi Zepp OS 5.0 hadir bersama kawalan suara AI Zepp Flow, mikrofon dan pembesar suara terbina dalam untuk panggilan Bluetooth serta sokongan Alexa. Manakala fungsi lain termasuk senarai tugasan, peringatan kalendar, notifikasi panggilan dan aplikasi, kawalan muzik serta kawalan kamera.

View Original Article