Amazfit kini menawarkan jam tangan Cheetah Pro baharu secara rasminya untuk pengguna di Malaysia. Dijual dengan harga RM1,399, anda yang berminat boleh mendapatkannya sekarang menerusi pengedar sah Amazfit di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam mahupun luar talian.

Amazfit Cheetah Pro dilengkapi skrin AMOLED 1.45″ beresolusi 480 X 480 piksel dan kecerahan puncak 1,000nits. Antara ciri utama yang menjadi tumpuan termasuklah Virtual Pacer, Race Achievement Prediction dan Track Run Mode, yang membolehkan pengguna menggunakannya bagi tujuan aktiviti larian lebih baik. Dalam pada itu jam tangan ini juga diiklankan mampu menawarkan kebolehan GPS yang tepat menerusi sokongan L1 + L5.

Turut disertakan adalah ciri kesihatan dan kecergasan standard yang merangkumi pemantauan kadar degupan jantung, pemantauan pola tidur, tahap tekanan harian dan lebih 150 mod sukan terbina. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri dengan ketahanan mencapai 14 hari, melepasi penarafan kalis air 5ATM dan mempunyai bluetooth bagi tujuan penggilan bluetooth.
- Info
- Beli – Amazfit Cheetah Pro | Shopee
- Info
- Beli – Amazfit Cheetah Pro | Lazada



